Baru-baru ni kecoh satu video menunjukkan seorang lelaki telah menghina Nabi Muhammad S.A.W dan agama Islam. Dalam video itu, dia turut mencabar kumpulan NGO untuk datang membunuhnya.
Lelaki itu akhirnya akur selepas dipukul orang awam yang datang ke rumahnya dan telahpun ditahan pihak polis. Itulah padahnya sengaja menaikkan kemarahan orang Islam.
Disuruh mengucap
Sebelum suspek ditahan pihak polis, ada satu lagi video menunjukkan lelaki ini diminta untuk mengucap. Ketika inilah orang tahu dia beragama Islam kerana dapat mengucap dengan lancar.
Netizen juga berjaya mencari nama suspek iaitu Muzil. Lebih mengejutkan apabila sebelum ini Muzzil kelihatan normal dan memberikan beberapa siri ceramah agama serta kisah-kisah Nabi di YouTube miliknya.