Connect with us

Oh! Media

(Video) “Duit Juga Jadi Ukuran”, Netizen Bengang Kenderaan Warga Emas OKU Di ‘Clamp’ Syarikat Parkir

Trending

(Video) “Duit Juga Jadi Ukuran”, Netizen Bengang Kenderaan Warga Emas OKU Di ‘Clamp’ Syarikat Parkir

Telah tular semalam di laman sosial kisah pasangan suami isteri warga emas yang dikatakan terpaksa menunggu lama disebabkan kereta mereka dikunci oleh sebuah syarikat perkhidmatan tempat letak (parkir) kereta di kawasan Daerah Kota Bharu.

ADVERTISEMENT

Lebih menyedihkan apabila lelaki warga emas yang juga berstatus OKU itu bersama isterinya yang dipercayai menghidap barah tahap empat, terpaksa menunggu hampir dua jam berhampiran Hospital Kota Bharu.

Seorang individu bernama Mustaqeem Yusoff memberitahu, pada mulanya dia telah mendapat satu panggilan daripada seseorang mengenai kejadian yang menimpa pasangan suami isteri itu.

Dia yang kebetulan berada berdekatan di tempat kejadian dikatakan telah datang bersama seorang lagi kawannya untuk membantu pasangan itu.

Kami dah telefon syarikat Citycarpark beritahu situasi dan keadaan pakcik ini dan minta dikecualikan bayaran tapi kesudahannya amat mengecewakan. Duit juga jadi ukuran. – Kata Mustaqeem.

Oleh kerana pihak Citycarpark yang dikatakan berkeras dan tidak mahu memberi pengecualian, mereka telah membuat keputusan untuk membantu pakcik itu dengan membayar denda tersebut.

Saya terharu bila sahabat saya ini terus setuju untuk bayar denda pakcik ni. kami terus pergi ke tempat pakcik ini untuk selesaikan.

Sebelum balik sahabat saya sempat lagi memberi sedikit sumbangan kepada pakcik ini. – Katanya.

Rata-rata netizen di laman Twitter dilihat tidak berpuas hati dengan tindakan pihak Citycarpark yang tidak mahu bertolak ansur dan tetap mahukan warga emas itu membayar denda jika ingin kunci dibuka.

Tidak ketinggalan ada juga yang turut memuji tindakan individu itu yang sanggup membantu pasangan warga emas itu melangsaikan bayaran denda tersebut.

Terima kasih dan syabas buat saudara-saudara yang sanggup datang membantu pasangan suami isteri ini. Semoga tuhan membalas segala kebaikan kalian.

Kredit: wowberita, zack_rockstar

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas