Connect with us

Oh! Media

Nelissa Nizam Didakwa Anak Emas Ahmad Idham, Ini Respon Tuan Badan!

Ohmedia nelissa Nizam Ahmad Idham

Trending

Nelissa Nizam Didakwa Anak Emas Ahmad Idham, Ini Respon Tuan Badan!

Nelissa Nizam jawab dakwaan mengenai dirinya anak emas Ahmad Idham selepas kerap muncul dalam filem arahannya.

Pelakon jelita, Nelissa Nizam tampil menafikan dakwaan kononnya dia merupakan anak emas kepada pengarah terkenal, Dr. Ahmad Idham, selepas kerap berlakon di bawah arahannya.

Menurut laporan mStar, Nelissa berkata yang semua ini soal rezeki dan kepercayaan, bukan kerana layanan istimewa.

Tiada istilah anak emas. Tapi kalau orang nak cakap macam itu, saya tak boleh halang. 

Nelissa Nizam perjelas dakwaan anak emas

Nelissa Nizam

Nelissa menjelaskan bahawa dirinya juga terlibat dengan pelbagai projek lain yang bukan di bawah arahan Ahmad Idham.

IKLAN

Sebenarnya banyak sahaja projek abang Idham yang tak libatkan saya. Saya juga berlakon banyak bawah arahan pengarah lain.

Katanya lagi, keserasian mereka dalam bekerja mungkin menjadi sebab utama beliau sering dipanggil semula.

Bukan istimewa, cuma profesional dan komited

Nelissa Nizam

Nelissa berkata dia sentiasa bersikap profesional dan memberi yang terbaik dalam setiap watak, tak kira siapa pengarahnya.

Rasanya dia layan sama sahaja macam pelakon lain… semua ini tentang kepercayaan, rezeki dan profesionalisme.

Pssttt! Jangan cepat melabel atau menilai rezeki orang lain. Kejayaan datang dari usaha, kesungguhan dan kepercayaan yang dibina, bukan kerana pilih kasih.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas