Connect with us

Oh! Media

Negeri Ini Haramkan Jual Vape Bermula 1 Ogos Ini

vape

Trending

Negeri Ini Haramkan Jual Vape Bermula 1 Ogos Ini

Kerajaan Negeri Perlis mengumumkan larangan penjualan vape atau rokok elektronik bermula 1 Ogos 2025, menjadikan negeri itu antara yang mengikuti jejak Johor dan Terengganu.

Menurut laporan mStar, langkah ini dibuat selepas melihat peningkatan kebimbangan terhadap kesan buruk penggunaan vape, khususnya dalam kalangan golongan muda dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini mengeluarkan fatwa haram terhadap penggunaan vape, dan kerajaan negeri berusaha melaksanakannya secara menyeluruh.

Kurang 50 premis terjejas, kerajaan negeri akan bantu cari alternatif

img 5071

Mohd Shukri turut memaklumkan bahawa larangan ini melibatkan kurang daripada 50 premis di seluruh negeri, dan kerajaan akan memberi sokongan kepada pengusaha terlibat untuk menceburi bidang perniagaan baharu yang lebih sesuai.

IKLAN

Kes pelajar diserang sawan lepas hisap ‘vape’ cetus kebimbangan

img 5070

Keputusan ini turut dipengaruhi oleh insiden bulan lalu, di mana seorang pelajar tingkatan tiga diserang sawan selepas dipercayai menghisap vape di tandas sekolah adalah kejadian yang mengejutkan ramai pihak.

Pssttt! Kesihatan bukan perkara main-main. Kalau sesuatu itu lebih banyak mudarat daripada manfaat, lebih baik tinggalkan sebelum terlambat.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas