Connect with us

Oh! Media

Neelofa Kongsi Perspektif Tentang Rumah Tangga Undang Perhatian Ramai

Ohmedia neelofa Pu Riz

Trending

Neelofa Kongsi Perspektif Tentang Rumah Tangga Undang Perhatian Ramai

Neelofa kongsi erti sebenar perkahwinan sebagai medan tarbiah untuk akhlak, nafsu dan tanggungjawab.

Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa mencuri perhatian ramai apabila berkongsi pandangan mendalam tentang erti sebenar kehidupan rumah tangga.

Menerusi Instagram Story, Neelofa berkongsi yang perkahwinan bukan sekadar status suami atau isteri, tetapi merupakan satu sistem tarbiah yang Allah cipta sendiri untuk mendidik jiwa dan akhlak manusia.

Bila kita kahwin, kita bukan sekadar jadi ‘isteri orang’ atau ‘suami orang’. Kita masuk dalam satu sistem tarbiah yang Allah sendiri cipta untuk mendidik nafsu, membentuk sabar dan melatih kita hidup dalam disiplin agama setiap hari.

“Perkahwinan ialah medan latihan paling konsisten” – Neelofa

Neelofa   Oh Media

Tambah isteri kepada PU Riz ini lagi, ‘latihan’ yang dimaksudkan itu bukan bersifat sementara, malah berpanjangan seumur hidup.

IKLAN

Dan semuanya ialah latihan agama, bukan beban dunia. Sebab perkahwinan ialah medan latihan paling konsisten, paling real, paling jujur untuk asah akhlak, emosi, nafsu dan tanggungjawab.

Neelofa turut menyentuh hikmah perkahwinan dalam Islam yang disarankan oleh Nabi SAW sebagai satu jalan menuju syurga bersama pasangan, bukannya semata-mata untuk keseronokan dunia.

Ujian tanggungjawab, bukan nafsu semata

Neelofa

Jelas ibu kepada dua cahaya mata ini, perkahwinan juga mengajar seseorang untuk menundukkan kehendak sendiri demi memenuhi keperluan pasangan.

Perkahwinan ialah tempat Allah uji, adakah kita sanggup beri apa yang pasangan perlukan, bukan semata-mata apa yang kita mahukan.

Perkongsian Neelofa itu menerima pujian ramai kerana memberi sudut pandang yang matang dan berteraskan agama terhadap institusi perkahwinan.

Pssttt! Perkahwinan bukan hanya tentang cinta dan bahagia, tapi medan ujian dan latihan jiwa. Bila dua hati bersatu, jadikan agama sebagai tunjang, barulah mampu melangkah bersama menuju syurga.

Kredit: Instagram Story
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas