Connect with us

Oh! Media

Nas Daily Penuh Bangga Umum Boleh Masuk Malaysia Selepas Diharamkan Selama Ini

Trending

Nas Daily Penuh Bangga Umum Boleh Masuk Malaysia Selepas Diharamkan Selama Ini

Nas Daily cukup terkenal dengan vlog pengembaraan dan jumpa ramai orang yang mampu memberikan inspirasi di seluruh dunia. Bagaimanapun, dia merupakan pemegang pasport Israel dan tidak dibenarkan untuk memasuki Malaysia serta 20 negara lain.

ADVERTISEMENT

Akan tetapi, dalam perkongsian terbarunya di TikTok, dia mendakwa dengan penuh bangganya telah berjaya mendapatkan kerakyatan negara Caribbean.

Dia juga menyatakan telah melakukan segala usaha keras, habis banyak duit dan perlu menunggu masa yang lama untuk dapatkan pasport negara itu.

Dengan pasport negara Caribbean itu, dia mengumumkan dirinya kini sudah boleh pergi ke Malaysia dan semua negara yang menyekat kemasukannya sebelum ini.

@nasdaily

Reply to @zacharykrishnan Guess how much this Passport cost me ? I’ll reply to the right guess !

♬ original sound – Nas Daily

Nas turut mengajak pengikutnya untuk meneka berapa banyak duit yang dia telah habiskan untuk dapatkan pasport negara itu. Respon netizen ada yang kagum dengan usaha kerasnya dan ada ada juga yang marah dengan apa yang dia lakukan.

Kredit: Nasdaily

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas