Connect with us

Oh! Media

“Nanti Ebit Sampai Ya” – Bapa Ebit Lew Meninggal Dunia

Trending

“Nanti Ebit Sampai Ya” – Bapa Ebit Lew Meninggal Dunia

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menerusi perkongsian di laman sosial memaklumkan bapanya,Ibrahim Lew telah meninggal dunia di Hospital Gleneagles sebentar tadi. Dalam hantaran itu, Ebit berkata dia dalam perjalanan ke hospital untuk membawa jenazah dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang.

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Menanti Hari, Pohon Doakan Ayah Saya’ – Ebit Lew

Meluahkan rasa sedih dengan kehilangan bapa tercinta, Ebit berdoa agar kedua ibu bapanya dipertemukan di syurga. Menyifatkan bapa seorang yang sangat baik, Ebit Lew berterima kasih kepada Allah SWT kerana telah memberi pinjaman ini untuknya.

bapa Ebit Lew

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti ebit sampai yer. Ya Allah ampunilah bapak. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau, hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau. Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah,inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku.

Saya dalam perjalanan ke Gleanagle Hospital untuk bawa jenazah ayah untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang. Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah Pahang. Pohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan AlFatihah.. 

Terdahulu, Ebit Lew mengesahkan kesihatan bapanya kini sedang merosot akibat kanser perut peringkat akhir. Ketika itu, beliau sempat menziarahi bapa di hospital dengan memakai set lengkap peralatan perlindungan peribadi (​PPE).

Kredit: Ebit Lew

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas