Apabila kita menghadiri majlis perkahwinan kenalan ataupun sahabat handai, sudah pasti kita akan menghadiahkan sesuatu kepada pasangan pengantin sebagai simbol dan tanda kita meraikan hari bahagia mereka.
Tular satu video yang dimuat naik Malaysia Most Viral di Twitter memaparkan pasangan raja sehari yang menahan malu sewaktu bersanding di atas pentas.
Kesian nampak sangat pengantin perempuan tu tak selesa kat atas pelamin dengan orang bagi hadiah bukan-bukan. Kalau salah sorang ni bf korang, sila minta putus, cari jantan lain, jantan dlm video ni semua x guna pic.twitter.com/L16klURxJq
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) June 18, 2022
Menerusi video tersebut, dapat dilihat beberapa orang pemuda dipercayai rakan kepada pengantin lelaki sedang beratur menunggu giliran untuk memberi hadiah perkahwinan kepada pengantin.
Namun apa yang mengejutkan serta mengundang marah netizen ialah pemuda-pemuda itu menghadiahkan barangan yang tidak senonoh seperti kondom kepada pengantin lelaki ketika di atas pelamin.
Dalam waktu yang sama, pengantin wanita dilihat seakan tidak selesa dengan situasi itu meskipun tersenyum.
Jangan ajak orang macam ni ke majlis perkahwinan
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan pemuda-pemuda berkenaan yang memberikan hadiah tidak senonoh kepada pasangan pengantin itu.
Diaorang rasa hebatlah tu bagi hadiah tak senonoh macamtu? Majlis perkahwinan yang sunnah tu pun dibuat main.