Connect with us

Oh! Media

‘Nampak Anak Aku Pandai, Korang Duk Mengata Aku..’

Trending

‘Nampak Anak Aku Pandai, Korang Duk Mengata Aku..’

Anak pelakon veteran terkenal, Normah Damanhuri iaitu Liana Rosli sering kali menarik perhatian netizen dengan aksi berani mati mempromosikan produk jamunya. Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM juga sering dikritik kerana dianggap terlalu seksi dalam berpakaian.

ADVERTISEMENT

BACA: Miliki Produk Tanpa Kelulusan KKM, Anak Normah Damanhuri Didenda RM10,000

Terbaru, Kak KM menerusi hantaran di Instagram meluahkan rasa syukur apabila anak perempuannya menerima tawaran belajar daripada Universiti Malaya (UM). Menurut Kak KM, anaknya cemerlang dalam pelajaran walaupun pelbagai tohmahan yang dilemparkan orang ramai kepadanya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

Tahniah anak mama UM call. Nampak anak aku, pandai. Korang duk mengata aku, Kak KM tergelek-gelek. Anak aku pandai wei, dapat masuk Universiti Malaya. I love you anak mama.

Menerusi hantaran itu, anaknya Nabila difahamkan menerima tawaran menyambung pengajian Diploma Pengurusan Perniagaan di Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed).

Gembira dengan tawaran tersebut, Kak KM sekeluarga turut meraikan Nabila dengan sebiji kek dengan hiasan logo ‘Universiti Malaya’ di atasnya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

Tambah usahawan ini lagi, penat lelahnya membesarkan anak hilang apabila menerima khabar menggembirakan tersebut. Ujarnya, Nabila sememangnya pintar dari kecil dan sudah mula membaca seawal usia 3 tahun lebih.

Kredit: Liana Rosli

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas