Trending
“Nama Tengah Busuk Memang Lebih Banyak Tahi Daripada Bunga” – Aisyah Hijanah
Pempengaruh yang sedang berdepan pertuduhan menyalahgunakan wang infak, Aisyah Hijanah mengakui ada pihak yang mengambil kesempatan susulan kontroversi yang dihadapinya.
Dalam satu hantaran di Instagram Story, Aisyah mendedahkan ada seseorang menyamar menjadi dirinya dan menghantar mesej kepada rakan-rakan untuk tujuan yang tidak betul.
Ada pihak guna nama Aisyah Hijanah untuk benda buruk

Lebih mengejutkan, seorang rakan Aisyah memaklumkan bahawa sebuah syarikat juga menggunakan namanya untuk menyelamatkan diri daripada dipersalahkan dalam isu lain yang tidak berkaitan.
Aisyah maklum memang banyak sangat orang yang menggunakan nama Aisyah sekarang untuk tujuan yang tak betul. Nama tengah busuk memang lebih banyak tahi daripada bunga yang orang bagi.
Dengan penuh rasa kecewa, Aisyah berkata pelbagai pihak mereka-reka cerita tidak benar untuk memburukkan lagi namanya kepada orang lain.
Moga masuk ke syurga tanpa hisab

Walaupun berdepan pelbagai cabaran, Aisyah memilih untuk kekal tabah. Dalam satu kenyataan, dia menyatakan harapannya agar diberi kesabaran dan pahala atas dugaan ini.
Semoga Allah bagi pahala sabar yang besar kepada Aisyah di dunia akhirat dan masuk ke syurga tanpa hisab.
Sebagai makluman, Aisyah dan suaminya, Aliff Teega, kini berdepan 12 tuduhan melibatkan dakwaan salah guna dana awam lebih RM1.8 juta.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram Aisyah Hijanah
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM