Connect with us

Oh! Media

Namakan Stadium Dengan ‘Ffira Mikah’, Kerajaan Negeri Ambil Tindakan

1c649e7d 7404 4f92 baeb 06d1e522dd4e

Trending

Namakan Stadium Dengan ‘Ffira Mikah’, Kerajaan Negeri Ambil Tindakan

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai sebuah stadium di Kuala Nerang yang diberi nama ‘FFIRA MIKAH’. Nama stadium itu turut menjadi bahan jenaka kerana ia dipercayai telah dinamakan sempana nama seseorang dalam keadaan susunan huruf yang terbalik.

Stadium yang baru dinaik taraf itu dikatakan telah dirasmikan pada 7 Disember yang lalu oleh Pegawai Daerah Padang Terap yang baru bernama Hakim Ariff Md. Noor.

Nama stadium itu dipercayai hanya dibincangkan di peringkat kerajaan tempatan saja dan tidak ada yang membawa usul itu ke mesyuarat Exco dipengerusikannya untuk diluluskan.

IKLAN

Perlu dijelaskan, setiap nama jalan, lokasi, taman atau stadium hendaklah dibincangkan di peringkat kerajaan tempatan dan diangkat ke mesyuarat Exco yang berlangsung setiap minggu untuk diluluskan.

Tapi dalam hal ini, perkara itu tidak berlaku kerana pemberian nama stadium tersebut hanya dibincangkan di peringkat kerajaan tempatan saja. – Kata Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor.

Kerajaan negeri telah menyerahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md Noor, kerana menamakan stadium mini di daerah itu tanpa kelulusan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas