Connect with us

Oh! Media

Nama Kena ‘Petik’ Gara-Gara Jadi Duta Face Mask? Ini Penjelasan Nurulhidayah

Trending

Nama Kena ‘Petik’ Gara-Gara Jadi Duta Face Mask? Ini Penjelasan Nurulhidayah

Anak kepada Presiden UMNO iaitu Datuk Nurulhidayah menerima tempias kecaman netizen selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memutuskan penguatkuasakan perakuan dan penandaan MS Sirim bagi pelitup muka bukan perubatan.

ADVERTISEMENT

Nama Nurulhidayah mula diperkatakan kerana dia menjadi duta kepada jenama pelitup muka yang mendapat perakuan Sirim.

Menjelaskan kepada isu yang timbul, Nurulhidayah menerusi perkongsian di Instagram menjelaskan dia hanyalah duta produk dan tidak mendapat sebarang keuntungan.

Sebagai duta produk dan mereka yang approach saya untuk produk mereka, sudah tentu mereka akan buat sesuatu yg LEGIT. Kalau dah letak – SURGICAL MASK pastinya ia harus diperakui dari badan tertentu sebagai SURGICAL MASK. Bukan suka-suka letak kat kotak macam tu.

Bila kerajaan umumkan mask perlu ada kelulusan SIRIM, itu jadi masalah saya ke?

Nurulhidayah yang dikenali sebagai Kak Long turut berkongsi kisah di sebalik pemilihan dirinya sebagai duta pelitup muka jenama itu.

Nurulhidayah tidak mendapat bayaran sebagai duta produk sebaliknya dia hanya meminta syarikat itu membantunya menyalurkan bantuan pelitup muka secara percuma kepada sesiapa yang memerlukan.

Malah, rakannya itu sendiri yang menghantar pelitup muka secara percuma ke masjid-masjid. Nurulhidayah mempersoalkan adakah tindakannya itu salah, haram atau ada menzalimi sesiapa.

Dia menegaskan bahawa tidak memiliki kepentingan dan tak ada kena mengena dengan isu pelitup muka harus ada pengesahan Sirim. Dia hanyalah duta produk yang membantu perniagaan rakan.

Kredit: Instagram Nurul Zahid

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas