Connect with us

Oh! Media

Nama Didakwa Kena Petik Dengan Suruhanjaya Sekuriti, Suami Heliza Helmi, Mahadi Akan Keluarkan Kenyataan Media

Mahadi suami Heliza

Trending

Nama Didakwa Kena Petik Dengan Suruhanjaya Sekuriti, Suami Heliza Helmi, Mahadi Akan Keluarkan Kenyataan Media

Sebelum ini kami melaporkan nama suami Heliza Helmi, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman terpalit dengan dakwaan menipu orang dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sendiri mengeluarkan amaran untuk semua berhati-hati dengannya. Biar betul?

ADVERTISEMENT

BACASuami Heliza Helmi Terkejut Tiba-Tiba Nama Dan Syarikat Kena Petik Dengan Suruhanjaya Sekuriti

Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, Mahadi akan mengeluarkan kenyataan media berkenaan kononnya nama dia tersenarai dalam amaran dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Usahawan itu akan menjelaskan apa sebenarnya yang dah berlaku sehingga menyebabkan namanya menjadi bualan selepas mengadakan pertemuan dengan SC bersama peguamnya semalam.

Menurutnya lagi, dia langsung tidak tahu menahu mengenai perkara itu dan tidak mendapat apa-apa surat daripada pihak berkenaan.

Pertama sekali saya tidak ada terima apa-apa surat atau emel daripada pihak berkenaan mengatakan nak siasat atau apa-apa, memang tidak ada.

Saya pun tak tahu nak jawab macam mana sebab belum dapat kepastian dari pihak SC, jadi pagi ini baru nak ke sana sebab ramai sudah bertanya apa dah jadi ini?

Memang tiada jawapan yang kukuh buat masa ini tapi alhamdulillah setakat ini saya rasa syarikat saya tidak buat perkara yang salah, menipu atau lakukan perkara haram.

Mahadi mengakui dirinya terkejut dan manafikan dia terlibat dengan mana-mana penipuan. Bukan tu jer, dia juga sudah menghubungi pihak polis bagi mendapatkan maklumat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas