Connect with us

Oh! Media

“Nak, Ayah Minta Maaf” – Lelaki Meraung Tengok Anak Terbaring Atas Jalan Raya, 4 Sekeluarga Maut

Cover Photo Om 1200 X 675 30

Trending

“Nak, Ayah Minta Maaf” – Lelaki Meraung Tengok Anak Terbaring Atas Jalan Raya, 4 Sekeluarga Maut

Seorang lelaki meraung meminta maaf selepas melihat dua anaknya terbaring di atas jalan raya selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan.

Dalam video tular berdurasi 17 saat itu, bapa dilihat memeluk jasad anak yang terbaring kaku sementara seorang lagi anak menangis di sebelahnya.

“Ayah minta maaf nak”

Ayah meraung

Yusuf Daniel nak, Allahu akbar nak. Ayah minta maaf nak, nak ayah minta maaf nak. Ayah minta maaf adik.. Adik.. Ayah minta maaf.

Memetik laporan Sinar Harian, kemalangan yang berlaku di simpang tiga Jalan Kolam Machap, Alor Gajah, pada jam 7.45 pagi Ahad telah menyebabkan empat sekeluarga maut.

IKLAN
315222762 638847354475504 3706270248074724773 n

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, ketika kejadian Muhammad Izwan Ibrahim yang memandu Toyota Estima dalam perjalanan dari arah Selandar ke Alor Gajah.

4 sekeluarga maut kemalangan

Setibanya di simpang tiga Jalan Kolam Machap, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Land Cruiser dari arah Durian Tunggal tiba-tiba keluar simpang dan membelok ke kanan menghala ke arah Selandar.

Muhammad Izwan cuba mengelak ke arah kanan dan menekan brek sejauh lima meter namun kenderaannya telah terlanggar bahagian kiri hadapan Land Cruiser tersebut.

314964657 638847074475532 592154385924616682 n

Kemalangan telah menyebabkan penumpang Toyota Estima iaitu warga emas, Ibrahim Daud (bapa) meninggal dunia di lokasi kejadian. Manakala Latipah Dorahim (ibu), Syazana Tharin (isteri) dan Yusuf Daniel Muhammad Izwan (anak umur 5 tahun) meninggal dunia di Hospital Alor Gajah akibat cedera parah di kepala.

Dalam kemalangan itu, Muhammad Izwan tak alami kecederaan. Dan seorang lagi anaknya, Aniq Fahim dirawat di zon merah hospital yang sama.

Pemandu pacuan empat roda jenis Land Cruiser berusia 59 tahun dibawa ke hospital kerana mengalami sakit dada dan telah pun ditahan ketika beri keterangan di Balai Polis Trafik Alor Gajah.

Kredit: Sinar Harian | Majoriti

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas