Connect with us

Oh! Media

Nahas Pelajar UPSI: Pemandu Bas Asal Bercuti Dan Digantikan, Ini Penjelasan Penuh Pengendali Syarikat!

bas upsi

Trending

Nahas Pelajar UPSI: Pemandu Bas Asal Bercuti Dan Digantikan, Ini Penjelasan Penuh Pengendali Syarikat!

Pengendali tampil perjelas mengenai pemandu bas asal bercuti dan telah digantikan.

Syarikat pengendali bas Kenari Utara tampil menafikan dakwaan liar di media sosial kononnya mereka menggunakan pemandu lori untuk membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam perjalanan malang yang meragut 15 nyawa.

Menurut laporan Sinar Harian, pemandu bas terbabit bukanlah pemandu lori, sebaliknya individu berpengalaman luas dalam memandu bas ekspres dan bebas daripada sebarang rekod jenayah atau dadah.

Perkara itu dikatakan sendiri Pegawai Operasi syarikat, Mohd Nazri Nawi.

IKLAN

Kami memang menafikan perkara itu kerana pemandu yang berasal dari Besut itu seorang yang berpengalaman.

Pemandu asal bercuti

bas upsi

Nazri menjelaskan bahawa pemandu asal tidak dapat bertugas kerana urusan keluarga, dan tempatnya digantikan oleh pemandu berusia 52 tahun yang layak serta sah dari segi undang-undang.

Syarikat juga sedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung siasatan nahas yang berlaku di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, berhampiran Tasik Banding.

Dua pemandu terlibat berasal dari Besut

bas upsi

Dalam kenyataan lanjut, Mohd Nazri turut mengesahkan bahawa kedua-dua pemandu bas, masing-masing berusia 39 dan 52 tahun, adalah dari Besut, Terengganu, sekali gus menolak khabar angin yang mengelirukan ramai pihak.

Pssttt! Jangan mudah percaya dengan info tular sebelum tahu cerita sebenar. Tular itu pantas, tapi kebenaran tetap lebih penting. Biar adil pada semua pihak.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas