Trending
Nahas Di Tapah: Dua Beranak Maut Treler Muatan Pasir Langgar Treler Bawa Kapas
Lapor Sinar Harian, satu kemalangan melibatkan dua treler telah meragut nyawa dua beranak di Kilometer 331.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah, pagi tadi.
Menurut maklumat yang diterima, insiden berlaku sekitar jam 7.46 pagi apabila sebuah treler muatan pasir melanggar bahagian belakang treler lain yang membawa kapas.
Dua beranak iaitu pemandu dan kelindan maut

Akibat pelanggaran tersebut, kebakaran besar tercetus, memerangkap kedua-dua mangsa dalam kenderaan mereka.
Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai pemandu treler pasir berusia lingkungan 40-an dan anak lelakinya yang bertindak sebagai kelindan berusia 20-an.
Treler pasir rempuh belakang treler bawa kapas

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad menyatakan bahawa pemandu ditemui mati.
Manakala seorang lagi mangsa ditemui tersepit di bawah kepala treler. Kedua-dua mangsa berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat.
Seramai 15 anggota bomba bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah serta Bidor dikerahkan ke lokasi untuk operasi menyelamat dan memadam kebakaran.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM