×
Puasa Barakah Bersama
Connect with us

Oh! Media

Nafi Bawa Penumpang Dari India, Syarikat Malaysia Airlines Buat Laporan Polis

Trending

Nafi Bawa Penumpang Dari India, Syarikat Malaysia Airlines Buat Laporan Polis

Kes peningkatan Covid-19 di India seakan-akan menjadi ‘mimpi ngeri’ untuk rakyat yang berada di negara tersebut. Oleh itu, negara Malaysia mengambil tindakan dengan tidak membenarkan mana-mana individu untuk masuk ke negara Malaysia dari India.

Namun, dilaporkan terdapat kes pertama kemasukan varian COVID-19 dari India dengan mutasi berganda dikenal pasti sebagai B.1.617.1, lapor Berita Harian.

Terbaru, menerusi laporan Berita Harian, syarikat Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) membuat laporan polis terhadap dua individu yang mendakwa pihak syarikat telah melakukan penerbangan membawa penumpang dari India.

Dakwaan seperti ini bukan sahaja menjejaskan reputasi malah dilihat sebagai ancaman kepada kredibiliti negara untuk mengekang Covid-19.

Malaysia Airlines menegaskan semua penerbangan bagi tempoh kelmarin sehingga hari ini dari India ialah penerbangan kargo. Penerbangan ini membawa muatan seperti barangan farmaseutikal, bekalan perubatan, telefon bimbit, komponen elektrik dan pembungkusan kurier

Ada pun anak kapal yang terlibat dalam penerbangan itu, mereka tetap kekal berada di dalam pesawat ketika transit. Demi langkah berjaga-jaga, tiada kakitangan penyelenggaraan di India dibenarkan masuk ke pesawat.

Pihak syarikat telah membatalkan semua jadual penerbangan penumpang dari dan ke India sejak negara menyekat kemasukan warga India pada 28 April.

Kredit : Berita Harian

ADVERTISEMENT

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis di Oh! Media. Berkongsi mengenai isu viral dan info terkini

Comments

Lagi dalam kategori Trending

To Top