
Trending
“Mungkin Allah Nak Saya Pergi Dengan Pasangan” – Nora Danish
Nora Danish reda tak jadi tunaikan haji tahun ini. Ada hint nak pergi dengan pasangan baru?
Hasrat pelakon jelita, Nora Danish untuk menunaikan ibadah haji tahun ini terpaksa ditangguhkan walaupun dirinya sudah membuat persiapan rapi untuk berangkat ke Tanah Suci.
Menurut laporan mStar, Nora tetap positif dan yakin bahawa segala perancangan Allah adalah yang terbaik buat dirinya.
Saya nak sangat pergi haji tahun ini tapi mungkin belum ada rezeki… Pergi haji atas jemputan Allah.
Nora Danish terbuka untuk jodoh baru, tak mahu hidup sendirian

Menariknya, Nora turut memberi bayangan bahawa dia tidak menutup hati untuk menerima pasangan baharu selepas dua kali melalui episod duka dalam perkahwinan.
Mungkin Allah nak saya pergi tunaikan haji dengan pasangan… Kehidupan ini memang dicipta berpasangan. Kalau hidup sendirian, bosan pula.
Pernah gagal dua kali dalam rumah tangga

Untuk rekod, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli (Jejai) pada tahun 2006 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal, kini berusia 15 tahun.
Selepas perceraian pada 2008, Nora mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazari pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan Mohamed Neqayl, 7 tahun. Namun, mereka bercerai pada 19 Jun tahun lalu.
