Connect with us

Oh! Media

“Mula-Mula Pegang Bahu, Lepas Tu Raba Perut” – Warga Asing Ditahan Lakukan Amang Seksual

Polis

Trending

“Mula-Mula Pegang Bahu, Lepas Tu Raba Perut” – Warga Asing Ditahan Lakukan Amang Seksual

Seorang warga asing yang merupakan pekerja di sebuah kedai serbaneka dipercayai melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun ditahan polis hari ini.

BACA : Guru Agama Didakwa Rogol 12 Pelajar Hingga Melahirkan 8 Bayi

Menurut laporan Harian Metro, lelaki yang berusia 33 tahun itu ditahan pada jam 1.20 pagi tadi di tempat kerjanya di sekitar Ulu Tiram, Johor Bahru.

IKLAN

Sebelum pengkapan dibuat, ibu kepada mangsa telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam pada jam 10.33 malam semalam dan ianya dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak.

Wanita terbabit mendakwa ketika anak perempuannya berada di kedai serbaneka terbabit, mangsa didatangi suspek yang juga pekerja kedai itu.

Lelaki berkenaan memegang bahu dan meraba bahagian perut mangsa dalam kejadian jam 7.50 petang kelmarin.

Untuk siasatan lanjut, suspek telah direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Jangan bagi muka dekat orang macam ni! Datang negara orang nak buat hal.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas