Connect with us

Oh! Media

“Muka Ditekap Guna Bantal” – Wanita Hilang Ditemui Maut Disyaki Dibunuh Kekasih

Ohmedia kereta Polis Malaysia

Trending

“Muka Ditekap Guna Bantal” – Wanita Hilang Ditemui Maut Disyaki Dibunuh Kekasih

Mangsa ditemui maut di ruang tamu, kekasih pula cedera disyaki kelar diri

Misteri kehilangan seorang wanita akhirnya terungkai apabila dia ditemui maut di ruang tamu sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Damai II, Batu Pahat, awal pagi tadi.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa berusia 41 tahun itu disyaki telah dibunuh oleh teman lelakinya sendiri dengan muka ditekap menggunakan bantal.

Disyaki bunuh pada hari mangsa dilaporkan hilang

Maut Tekup Bantal
Foto Harian Metro Alias Abd Rani

Ketika serbuan dilakukan sekitar jam 1 pagi, polis menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala suspek cedera di bahagian leher dan lengan.

IKLAN

Difahamkan, suspek yang berusia 44 tahun turut cuba melukakan diri selepas insiden pembunuhan tersebut.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah dibunuh pada pagi Selasa lalu, iaitu hari sama abangnya membuat laporan polis kerana adik perempuannya itu tidak pulang ke rumah.

Suspek yang juga seorang penganggur kemudian ditahan dan dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan. Polis kini masih menjalankan siasatan bagi merungkai sepenuhnya motif kejadian.

Suspek direman 7 hari, siasatan bawah Seksyen 302

Maut
Sekadar gambar hiasan

Mahkamah Majistret hari ini membenarkan suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nurasidah A Rahman dan prosiding dijalankan di hospital memandangkan suspek sedang menerima rawatan.

Pssttt! Tiada siapa sangka orang yang kita percayai boleh bertindak sebegitu kejam. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas