Connect with us

Oh! Media

Mufti Kelantan Mohon Siasat Dakwaan Usahawan Kosmetik Tak Solat, Tak Tahu Ambil Wuduk

Trending

Mufti Kelantan Mohon Siasat Dakwaan Usahawan Kosmetik Tak Solat, Tak Tahu Ambil Wuduk

Semalam, tular di media sosial apabila seorang usahawan kosmetik yang difahamkan berasal daripada Kelantan mengaku secara terang-terangan bahawa dirinya tidak suka melaksanakan ibadah solat.

ADVERTISEMENT

Hantaran video berdurasi 27 saat itu dilaporkan ialah rakaman langsung di aplikasi Facebook (Facebook Live).

Dakwa wanita itu, pilihan untuk melakukan ibadah wajib itu adalah haknya dan orang lain tidak patut mempersoalkan sama ada dia ingin melakukannya atau tidak.

https://www.youtube.com/watch?v=iIUJlOiNkIU

Aku tak pernah sembahyang. Jangan kata baca Yassin, sembahyang pun tidak. Aku memang tak suka sembahyang. Kau nak buat apa? Aku memang tak sembahyang. Ha macam tu mudah. Buat apa sembahyang? Orang semua tak sembahyang sekarang, tahun 2021. Kau je sembahyang.

Susulan itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menerusi laporan Harian Metro meminta pihak berwajib menyiasat dakwaan wanita beragama Islam tersebut.

Dalam Islam, kita tidak boleh membuat kenyataan yang tidak baik dan menceritakan keburukan diri kepada orang ramai terutama di media sosial

Harap ada pihak yang berautoriti akan memberi nasihat kepada wanita itu supaya dia dapat berhijrah ke arah yang lebih baik. Sebagai orang Islam kita perlu saling memberi nasihat untuk ke arah kebaikan.

Tambahnya, penguat kuasa agama perlu menyiasat mengapa wanita itu mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan ajaran Islam.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas