Baru-baru ini, usahawan dan aktivis kemanusian, Mizz Nina telah selamat mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama jejaka pilihan hatinya, Essam Muhammad.
Mizz Nina atau nama sebenar Shazrina binti Azman berkongsi beberapa momen mesra menjalani bulan madu bersama suami tercinta di sekitar Rotterdam, Netherlands.
Menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya, Mizz Nina dilihat menaiki motosikal sambil bersiar-siar bersama suami di sekitar kawasan berkenaan.
Alhamdulillah.. suami saya telah menemui motosikal miliknya. Apakah perancangan kita pada hari ini?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga netizen berkata pasangan ini mempunyai wajah yang seiras, lebih-lebih lagi dari senyuman manis mereka.
Malah, ada juga warga netizen mengatakan Mizz Nina tampak lebih bahagia dengan rumah tangga baharunya bersama penyanyi rap, Essam berbanding dengan bekas suaminya,Noh Salleh.
Tambahan, warga netizen turut memuji pasangan ini menjalani kehidupan yang sederhana walaupun masing-masing anak kepada orang berada.