Connect with us

Oh! Media

Minyak Masak 5kg Cecah RM33, Timbalan Menteri KPDNHEP Cadang Guna Minyak Paket Lebih Murah

Harga Minyak Botol Naik

Trending

Minyak Masak 5kg Cecah RM33, Timbalan Menteri KPDNHEP Cadang Guna Minyak Paket Lebih Murah

Baru-baru ini, netizen meluahkan rasa kecewa apabila harga minyak masak dikatakan naik mendadak sehingga mencecah RM33 untuk 5kilogram. Kenaikan ini sememangnya memberi kesan yang cukup besar buat orang ramai khususnya golongan berpendapatan rendah.

Terbaru, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid menerusi laporan Harian Metro berkata, sebagai alternatif kepada kenaikan harga barang, pengguna boleh mendapatkan minyak masak bersubsidi dalam paket plastik.

Rosoll 1623153975 1
FOTO Harian MetroGhazali Kori

Menurutnya, minyak masak bersubsidi dijual dengan harga RM2.50 bagi satu kilogram. Manakala minyak masak dalam botol harganya tidak dikawal kerajaan dan dijual dengan pelbagai harga dan berat.

IKLAN

Kerajaan menyediakan kuota sebanyak 60,000 metrik tan minyak masak dalam paket plastik satu kilogram setiap bulan bersamaan 720,000 metrik tan setahun.

Bekalan ini mencukupi untuk menampung keperluan 32 juta rakyat dan mereka ada pilihan untuk mendapatkan minyak yang murah.

Tambahnya lagi, kualiti minyak masak dalam paket plastik adalah setanding dengan minyak masak di dalam botol. Hasil pemerhatian KPDNHEP juga mendapati minyak masak bersubsidi mudah didapati di pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.

Adahada 1611046184
Sekadar gambar hiasan

KPDNHEP menyambut baik langkah sebahagian pasar raya mengehadkan pembelian minyak masak bersubsidi kepada tiga bungkusan bagi setiap pelanggan.

Ia bagi mengelak penyalahgunaan dan pembelian panik sehingga boleh mengganggu bekalan minyak masak bersubsidi di pasaran.

Ujar beliau, orang ramai boleh membuat aduan kepada KPDNHEP sekiranya bekalan minyak masak bersubsidi tiada di lokasi atau dijual dengan harga lebih RM2.50 sepaket.

Terdahulu, media melaporkan peningkatan mendadak harga minyak masak bagi lima kilogram berikutan kenaikan harga sawit di ladang mencecah RM1,000 setan berbanding RM300 setan sebelum ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas