Sejurus sahaja tamat prosiding Sulh, aktres Shakilla Khoiriri enggan memberikan komen berkaitan tuntutan hadanah anak perempuannya, Ameena Sofia.
Namun, Shakilla memohon maaf kepada pengamal media sebelum bergegas meninggalkan perkarangan mahkamah.
Bukan itu sahaja, Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri ditemani seorang individu yang memandu kereta mewah jenis BMW berwarna hitam.
Nanti kita jumpa bulan depan, saya minta maaf, terima kasih banyak banyak. Saya ada urusan lain, saya sibuk sikit. Maaf korang, sorry bye-bye semua. Sayang, thank you so much.
Dalam pada itu, bekas suami Shakilla iaitu Fizi Ali bertanyakan kepada pengamal media mengenai individu yang hadir bersama aktres itu ke mahkamah.
Nampak tak dengan siapa dia datang? Nampak tak siapa dalam kereta dengan dia naik tu? Tak nampak? Okay tidak apa.
Tapi saya tak boleh jawab dengan siapa dia datang. Biar dia jawab sendiri.