
Trending
Mimi Fly Didakwa ‘Berkemban’ Dalam MV Lagu Raya Tampil Mohon Maaf
Lagu raya terbaru ‘Serumpun’ nyanyian Mimi Fly mencetuskan kontroversi selepas muzik videonya menampilkan penyanyi itu dengan busana yang dianggap tidak sopan untuk tema Hari Raya.
Menurut laporan mStar, ramai netizen kurang senang dengan pemilihannya yang kelihatan seperti berkemban, sehingga mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.
Mimi Fly mohon maaf

Tak berdiam diri, Mimi mengakui yang dia terlalu fokus pada karyanya sehingga tidak memikirkan aspek lain.
Saya terima segala komen dan kalau ada yang tersinggung dengan karya saya, saya minta maaf. Insya-Allah kalau buat lagu raya lain saya akan perbaiki.
Menurutnya, dia sekadar mahu meraikan warisan busana lama dan langsung tidak berniat untuk mencipta kontroversi.
Bukan sengaja nak cari sensasi

Mimi juga menjelaskan bahawa pemilihan busananya bukan dibuat secara sambil lewa.
Saya bukan buat seorang tetapi berkerjasama dengan pereka fesyen terkenal, Abu Shaef Hamza. Kami belajar sama-sama tentang sejarah baju lama.
Mimi turut berkata bahawa dia sangat mengagumi busana tradisional dan ingin mengetengahkan keunikan budaya tersebut dalam muzik videonya.
#ApaKataOhmedia
Dalam berkarya, pastinya akan ada pujian dan kritikan. Namun, setiap kandungan yang dibuat perlu mengambil kira sensitiviti masyarakat, lebih-lebih lagi dalam lagu bertemakan perayaan seperti Hari Raya.
