Trending
Mia Sara Perjelas Perkara Sebenar Bagaimana Terjadinya Isu Dengan Puteri Balqis
Mia Sara akhirnya jelaskan isu dengan Puteri Balqis, akui kagum bakat Aqish namun niat disalah tafsir hingga dikecam netizen.
Di sebalik konflik yang dikaitkan dengan aktres Puteri Balqis, pelakon Mia Sara tampil menjelaskan bahawa dia sebenarnya mengagumi bakat lakonan rakan seindustri itu, namun niat baiknya telah disalah tafsir sehingga mencetuskan salah faham dalam kalangan masyarakat.
Menurut laporan mStar, Mia menegaskan bahawa dia dan Puteri Balqis tidak pernah berhubung secara peribadi, malah isu yang diperkatakan bermula ketika mereka masih kanak-kanak.
Mia Sara perjelas kenapa keadaan semakin buruk

Menurut Mia, dakwaan kononnya wujud konflik besar antara mereka adalah tidak masuk akal kerana perkara itu berlaku ketika usianya sekitar tujuh tahun.
Saya sebenarnya mengagumi Puteri Balqis kerana bakat lakonannya dan melihat apa yang dia lakukan sebagai satu bentuk seni. Namun keadaan disalah tafsir sehingga orang luar menganggap kami seolah-olah sedang bergaduh.
Sebenarnya kami tidak pernah berhubung secara peribadi. Isu ini berlaku ketika kami masih kanak-kanak, sekitar umur saya tujuh tahun. Tidak masuk akal untuk mengatakan kami mempunyai konflik besar kerana kami hanyalah budak-budak.
Apabila artikel-artikel mula keluar, keadaan menjadi semakin buruk dan kami berdua menerima kecaman.
Mia berkongsi perkara itu menerusi Podcast Kita-Kita Aje! yang dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi dan dimuat naik di saluran YouTube pada malam Khamis.
Risau Puteri Balqis lalui perkara yang sama

Bercerita lanjut, Mia menjelaskan tindakannya ketika itu berpunca daripada rasa bimbang Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish akan menerima kecaman keterlaluan seperti yang pernah dialaminya.
Beberapa tahun kemudian, ketika saya berumur sekitar 15 tahun, orang ramai mula memuat naik gambar di TikTok dan terus mengecamnya dengan sangat keterlaluan.
Saya risau dia akan melalui perkara yang sama seperti saya. Niat saya ketika itu hanyalah untuk mempertahankan dan menyokongnya.
Namun, Mia mengakui cara penyampaiannya telah mengundang salah faham dan reaksi besar daripada masyarakat.
Saya cuba menyampaikan mesej supaya orang ramai menegur dengan baik dan tidak terus menghukum kerana kita tidak tahu apa yang seseorang itu lalui.
Saya pernah terfikir untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, namun ayah saya menasihatkan agar saya tidak menulis apa-apa kerana bimbang ia akan memburukkan lagi keadaan.
Pssttt! Salah faham mudah tercetus di media sosial. Sebelum menghukum, cuba dengar penjelasan dan fahami situasi sebenar, kata-kata kita boleh meninggalkan luka yang panjang.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM