Trending
“Menghasut Orang Bercerai Kerja Gila” – Coach Cerai Bersuara, Dakwa Niat Disalah Tafsir
Isu ‘Coach Cerai’ terus hangat apabila Mohd Izary tampil pertahankan diri, dakwa niat disalah tafsir dan dikecam tanpa siasatan.
Nama Mohd Izary Muhammed Ikhbal, 45, yang lebih dikenali sebagai ‘Coach Cerai’, terus menjadi perhatian selepas dikaitkan dengan kemelut rumah tangga membabitkan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose.
Menurut laporan Harian Metro, Mohd Izary tampil menjelaskan bahawa menggalakkan atau menghasut orang bercerai bukanlah niatnya.
Menggalakkan atau menghasut orang bercerai adalah kerja gila.
Itu bukanlah apa yang dilakukan ‘Coach Cerai’, tidak pernah menjadi niat saya untuk mengelirukan orang ramai dengan istilah berkenaan.
Coach Cerai dakwa dikecam tanpa siasatan

Menurut Mohd Izary, tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepadanya memberi kesan emosi yang mendalam.
Apa yang saya rasakan adalah kebingungan, keliru, dan satu rasa terperanjat terhadap tahap kejahilan yang mampu dilakukan oleh orang kita sendiri.
Beliau turut menjelaskan bahawa peranan ‘Divorce Coach’ adalah diiktiraf di peringkat antarabangsa, manakala istilah ‘Coach Cerai’ hanyalah terjemahan tempatan.
Sekiranya orang ramai meluangkan sedikit masa untuk membuat penyelidikan yang betul, mereka akan tahu perkara ini.
Perjelas hubungan dengan Uqasha Senrose

Mengulas kaitannya dengan Uqasha, Mohd Izary mengakui pelakon itu memang telah mendaftar dalam program kendaliannya, namun belum memulakan sesi bimbingan sebenar.
Sejak bertemu dengan saya dan isteri, dia menjadi sangat rapat dengan isteri saya dan kehadiran kami di mahkamah hanyalah sebagai rakan.
Namun, beliau mendakwa kehadirannya di mahkamah telah dibesar-besarkan oleh media dan netizen, sehingga mencetuskan salah faham.
Kritik terhadap tindakan pihak berkuasa dan peguam syarie

Mohd Izary turut meluahkan rasa kesal apabila mendakwa tiada pihak menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan, meskipun kenyataan telah dikeluarkan terhadap ‘Coach Cerai’.
Bagaimana jika saya benar-benar menjadi ancaman kepada masyarakat?
Tidakkah mereka patut menyelidik sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan?
Dalam masa sama, beliau mendakwa segelintir peguam syarie berasa terancam dengan kewujudannya.
Seorang peguam sepatutnya menjadi orang terakhir yang membuat spekulasi sebegitu semberono.
Pssttt! Isu rumah tangga bukan bahan sensasi. Sebelum menghukum, dengarlah penjelasan kedua-dua pihak dan semak fakta agar tidak menambah luka pada mereka yang sedang diuji.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM