Imam masjid Aolia di Gungkidul Yogyakarta, Indonesia dikenali sebagai Mbah Menu memohon maaf gara-gara mengaku telah ‘telefon’ Allah SWT sebelum mendapatkan tarikh 1 Syawal jumaat (5 April 2024).
BACA: Imam Masjid Aolia, Yogyakarta Dakwa Sudah Telefon ‘Allah’ Untuk Dapatkan Tarikh 1 Syawal
Jelasnya, ‘telefon’ Allah hanyalah istilah spiritual atau kerohanian yang dia alami dalam memeluk agama Islam.
Katanya lagi, pelaksanaan solat hari raya Aidilfitri baru-baru ini sesuai dengan keyakinannya tanpa menggunakan method mengira hari dan sebagainya.
Dan yang sebenarnya adalah perjalanan spiritual saya kontak batin dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Apabila pernyataan saya yang menyinggung atau tidak berkenan saya mohon maaf yang sebesar-besarnya kepada semua pihak. Terima kasih.
Lapor portal Detik Jogja, hasil pemantauan di lokasi mendapati ratusan jemaah masjid Aolia menunaikan solat sunat aidilfitri pada Jumaat lalu. Ianya dilakukan di masjid dan anjung rumah Mbah Benu.
Kredit: DetikJogja
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media