Connect with us

Oh! Media

“Menanti Hari Esok, Semoga Ada Sinar Untuk Kita Semua” – Ahli KWSP

Trending

“Menanti Hari Esok, Semoga Ada Sinar Untuk Kita Semua” – Ahli KWSP

Pejam celik pejam celik, esok dah masuk 4 Januari 2021. Bagi pemohon skim i-Sinar, esok adalah antara hari yang ditunggu-tunggu bagi menyemak permohonan skim berkenaan. Ingat lagi tak yang KWSP ada umumkan dua kategori ahlinya yang layak untuk keluarkan wang simpanan dari Akaun 1 melalui skim i-Sinar?

ADVERTISEMENT

Kalau korang nak tahu, bermula esok pemohon kategori pertama dah boleh semak sama ada permohonan mereka diluluskan atau tidak. Bagi pemohon kategori kedua pula, korang kena sabar dan tunggu hingga 11 Januari nanti, baru boleh semak. Bila tarikh dah dekat, confirm ada pemohon yang meluahkan harapan mereka di social media.

Macam Asrul Effendi, dia ada up status di Facebook dengan harapan supaya ada berita gembira buat dirinya esok. Katanya, walaupun kelulusan dikatakan secara automatik, tapi tetap ada rasa risau andai kata berlau sebaliknya. Bahkan, debaran itu turut dikongsi oleh Qafly Penang yang masih lagi tertanya-tanya sama ada permohonannya lulus atau tidak.

Bukan hanya mereka berdua, Muniman Unie juga ada luahannya yang tersendiri. Selain menyatakan esok adalah antara hari yang ditunggu-tunggu, Muniman turut mendoakan semoga urusan dipermudah dan ada sinar harapan buat mereka yang membuat permohonan.

Amin Ya Rabb. Kami di ohmedia pun doakan semoga ada berita baik buat semua pemohon esok. Tambah-tambah sekarang pun selalu hujan, harapnya turun bawa rezeki juga buat semua orang. Malam ni jangan tidur tak lena pula ya. Jangan fikir sangat, takut terbawa-bawa masuk mimpi pulak nanti.

Kredit: Facebook

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas