Connect with us

Oh! Media

“Memang Satu Tindakan Yang Sangat Bernas” – Umum Bakal Ambil 10K Pekerja Dari Sri Lanka, Jemaah Menteri Disindir Netizen

Trending

“Memang Satu Tindakan Yang Sangat Bernas” – Umum Bakal Ambil 10K Pekerja Dari Sri Lanka, Jemaah Menteri Disindir Netizen

Semalam, Jemaah Menteri mengumumkan bahawa mereka bersetuju untuk membawa masuk 10,000 pekerja asing dari Sri Lanka.

ADVERTISEMENT

BACA: 32,000 Pekerja Asing Dibenarkan Masuk Malaysia?

Perkara itu diumumkan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan selepas kerajaan Sri Lanka mengemukakan permohonan rasmi untuk membekalkan tenaga kerja serta mengambil kira keadaan negara tersebut yang ketika ini sedang dilanda krisis ekonomi.

Saya menggesa pihak industri dan majikan untuk memberi sokongan kepada niat murni kerajaan ini dengan menggajikan pekerja asing dari Sri Lanka bagi mengisi kekosongan pekerjaan dalam sektor yang dibenarkan untuk pengambilan pekerja asing.

Tindakan jemaah menteri ‘dipuji’ netizen

Pengumuman yang dibuat M. Saravanan itu mendapat perhatian netizen sehinggakan seorang pemuda memuat naik satu video memberikan pandangannya terhadap perkara ini.

@ijat9084

yay,,, lai lai,,, saudara kita mai dah hampa wey 🎉🎉🎉🎉🎉

♬ original sound – 🇲🇾En Duta Aizat Hafiz ✌️

Menerusi video tersebut, pemuda yang dikenali sebagai Aizat Hafiz itu ‘menyokong’ usaha baik dari pihak kerajaan untuk membawa masuk 10,000 orang pekerja dari Sri Lanka.

Memang satu tindakan yang sangat bernas ya kerana kita ni Malaysia sangat prihatin. Bak kata menteri, adalah untuk membantu rakyat Sri Lanka yang dalam kesempitan.

Jadi kita bagi peluang pekerjaan pada mereka sebab orang Malaysia ‘tidak mahu’ kerja kat Malaysia. Yang dulu kena buang (kerja) waktu PKP dulu tak tahu pergi ke mana (untuk diambil bekerja semula), (sebab itu) ambil orang luar pula dibawa masuk.

Bukan itu sahaja, tindakan dibuat pihak kerajaan itu juga disifatkan sebagai mementingkan urusan orang luar sehinggakan terlupa dengan masalah yang menimpa rakyat di negara sendiri.

Malaysia ni sangat ‘prihatin’, sangat menjaga kebajikan negara-negara luar. Ibarat kera di hutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.

Namun video berkenaan difahamkan sudah tidak dapat untuk ditonton lagi di aplikasi TikTok.

Rakyat sendiri susah taknak bantu

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut meninggalkan komen tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan yang bakal membawa pekerja daripada Sri Lanka.

Kredit: Awani | TikTok Aizat Hafiz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas