Connect with us

Oh! Media

MCMC Tutup Akaun Twitter Gara-Gara Guna Bahasa Kesat, Ini Penjelasannya

Mcmc

Trending

MCMC Tutup Akaun Twitter Gara-Gara Guna Bahasa Kesat, Ini Penjelasannya

Seperti yang kita tahu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM/MCMC) adalah pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal dan memantau aktiviti komunikasi, multimedia serta penyiaran dalam talian seperti social media. Tapi, macam mana pula kalau MCMC sendiri guna bahasa yang tak sedap didengar di media sosial rasmi?

Photo6334629750450007022

Haa, itulah yang viral malam tadi bila seorang pengguna Twitter telah upload satu tweet dari laman Twitter rasmi MCMC. Dalam tweet tahun 2014 tersebut jelas membuktikan akaun MCMC pernah menggunakan bahasa kesat dalam postingnya. Alamak, habis hilang respect netizen dekat MCMC.

Bukan hanya satu, tapi ada banyak juga tweet tweet mengarut yang kononnya dibuat oleh MCMC sebelum ini. Tapi, betul ke admin MCMC yang tweet macam tu? Hm, macam tak logik je.

IKLAN
Photo6334629750450007020
Photo6334629750450007019
Photo6334629750450007021

Tidak berdiam diri, MCMC telah keluarkan kenyataan yang sebenarnya, account Twitter diorang telah diceroboh oleh pihak tak bertanggungjawab. Jadi sebab tak nak panjangkan cerita, diorang terpaksa deactivate account Twitter tersebut buat seketika. Pihak MCMC juga menekankan yang hantaran mesej tersebut memang bukan dikeluarkan oleh mereka.

Photo6334629750450007025

Tapi, dekat Twitter lain pula cerita. Seorang lagi pengguna bernama Nazrui Hakim telah buat pengakuan yang sebenarnya, account Twitter yang MCMC guna adalah account lama miliknya. Tapi dia dah jual account tersebut waktu dia berusia 15 tahun. Senang cerita dia jual followers lah sebab waktu tu, account tersebut dah siap 50k followers.

Photo6334629750450007024

Senang cerita, semua tweet tweet mengarut dalam account MCMC, semuanya Nazrui yang tulis. Sebelum jual, dia tak terfikir pula nak delete tweet lama. Tambah pula waktu tu dia belum matang lagi, sebab tu penggunaan bahasa pun tak betul. Kalau tengok betul-betul pun, semua tweet yang dikecam netizen, semuanya diambil dari tahun 2014. So, kira logik jugak lah, kan?

Hm, kalau betul maksudnya MCMC beli followers jugak ke..? Tapi itu tolak tepi. Yang penting, kita janganlah nak terus hukum dan tuduh MCMC bukan-bukan sebab takkan diorang nak buat tweet macam tu. Jelas-jelas lah itu semua tweet lama. Yang mulakan tweet tu pun, seronok ya jadi batu api?

Kredit: Berita Harian, Twitter Fahmi Reza, Twitter Nazrui Hakim

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas