Connect with us

Oh! Media

Mayat Guru Ditemui Sudah Reput Di Rumah Sendiri, Tak Hadir Bertugas Sejak Tahun Lalu

Polis siasat gambarwanita mediasosial dijual ohmedia

Trending

Mayat Guru Ditemui Sudah Reput Di Rumah Sendiri, Tak Hadir Bertugas Sejak Tahun Lalu

Guru wanita ditemui mati reput di rumah sendiri selepas sebulan. Jiran hanya sedar selepas bau busuk timbul.

Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Bandar Selesa Jaya, Iskandar Puteri, Johor Bahru membongkar rupa-rupanya terdapat mayat guru yang sudah mereput.

Memetik laporan Berita Harian, mayat guru wanita berusia 39 tahun itu ditemui di rumahnya kira-kira jam 8.06 malam, 12 Jun lalu selepas satu laporan polis dibuat jiran-jiran.

Difahamkan, jiran-jiran mencurigai baru pelik dari kediaman mangsa dan hasil siasatan mendapati guru berkenaan sudah meninggal dunia hampir sebulan tanpa sesiapa pun menyedarinya.

IKLAN

Guru tak hadir ke sekolah sejak September tahun lalu

Cikgu
Foto SJKC Woon Hua

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, siasatan mendapati guru berkenaan tidak hadir ke sekolah tempatnya bertugas sejak 24 September tahun lalu.

Guru terbabit dipercayai meninggal dunia kira-kira sebulan lalu dan siasatan mendapati wanita itu tidak hadir bertugas sejak 24 September tahun lalu.

Tambah Kumarasan, hasil bedah siasat bagaimanapun tidak dapat mengenal pasti punca kematian kerana keadaan mayat yang telah mereput teruk.

Tiada sebarang unsur jenayah ditemui dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Difahamkan, wanita itu masih bujang dan tinggal bersendirian di rumah tersebut. Polis kini sedang mengesan waris terdekat bagi memaklumkan kejadian dan urusan selanjutnya.


Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas