Connect with us

Oh! Media

Mayat Adik Syafiq Terjatuh Longkang Ditemukan

Mayat Adik Syafiq Ditemukan

Trending

Mayat Adik Syafiq Terjatuh Longkang Ditemukan

Mayat seorang kanak-kanak lelaki bernama Mohamad Syafiq Mustaqim Mohammad Fadly, 8, yang maut akibat tergelincir ke dalam longkang di Flet Cempaka Seremban 2 sebelum dihayutkan arus deras sabtu lalu ditemui terapung di kolam tadahan air pagi tadi.

Ketua Zon Seremban JBPM Negeri Sembilan, Khir Amir Ahmad, berkata mayat mangsa lemas itu ditemui oleh pasukan keselamatan terdiri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas 35 jam operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

Mangsa mangsa ditemui pada pukul 7.30 pagi tadi di kawasan kolam tadahan air Taman Arowana Indah yang lokasinya tidak jauh daripada tempat mangsa terjatuh.

IKLAN

Kami telah membuka kunci air pada kolam tersebut untuk membiarkan ia surut, Alhamdulilah kita jumpa mayat mangsa lebih kurang 30 meter dari kunci air.

Terdapat luka pada bahagian muka mangsa, mungkin disebabkan hentakan pada konkrit ketika hanyut.

Sementara itu, ibu mangsa, Nor Ain Ismail, berkata, dia reda dengan ketentuan Ilahi dan bersyukur kerana jenazah anaknya diketemukan.

Saya dan suami terus ke lokasi selepas dimaklumkan oleh pegawai keselamatan tentang penemuan anak saya. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat lihat anak dan kembali ke pangkuan saya walaupun dia sudah tidak bernyawa.

Nor Ain juga mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat kerana bertungkus-lumus mencari mayat anaknya.

Kredit: Berita Harian, Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas