Filem epik arahan Syamsul Yusof iaitu Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mencipta sejarah apabila berjaya mengutip RM97 juta sepanjang dua bulan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.
Respon positif yang diberikan penonton mengenai filem ini membuatkan orang ramai bersemangat untuk menontonnya di pawagam.
Namun, lain pula reaksi penonton apabila filem ini ditayangkan di platform penstriman digital, Netflix sempena hari Malaysia baru-baru ini.
Ramai yang mengkritik dengan menyatakan skrip filem ini kurang menarik dan ‘cringe’. Ada yang kata macam dengar ceramah.
Pengarah Syamsul Yusof bagaimanapun tidak melatah dan terima komen itu dengan baik. Apa yang penting baginya ada penonton yang suka sehingga dia dihujani Direct Message di Instagram.
Ada suka, puji melambung, hina pun ada. Jadi, tenang-tenanglah.
Sebagai seorang pengkarya, dia tidak boleh mudah putus asa dan akan perbaiki kelemahan secara perlahan-lahan.