Connect with us

Oh! Media

Masjid Negara Mohon Maaf Isu Pengawal Wanita Paksa Jemaah Lelaki Pakai Tudung

masjid negara

Trending

Masjid Negara Mohon Maaf Isu Pengawal Wanita Paksa Jemaah Lelaki Pakai Tudung

Korang dah tengok video jemaah lelaki kena paksa pakai jubah dengan tudung dengan pengawal wanita dekat Masjid Negara? Ohmedia tak tahu nak gelak atau kesian dengan lelaki tu tapi itulah, orang perempuan memang susah nak mengaku salah, kah!

ADVERTISEMENT

Apapun, pihak pengurusan Masjid Negara telahpun membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kesilapan pengawal keselamatan berkenaan.

Pihak Pengurusan Masjid Negara mengambil serius terhadap perkara ini dan dengan rendah hati memohon maaf di atas kekhilafan dan kekeliruan pengawal keselamatan wanita tersebut.

Untuk makluman, pengawal keselamatan itu adalah lantikan pihak ketiga iaiatu syarikat keselamatan yang dilantik melalui perolehan kerajaan.

Pihak Pengurusan Masjid Negara sekali lagi memohon maaf kepada individu-individu yang terlibat dan orang awam yang turut terkesan berkaitan video terbabit.

Masjid Negara juga akan memastikan perkara seperti ini tidak berulang di masa akan datang bagi menjamin reputasi dan imej institusi masjid kekal terpelihara.

Bagi Ohmedia isu ini tidaklah terlalu serius kerana niat pengawal keselamatan terbabit juga baik, hanya mahukan semua jemaah mengikuti peraturuan yang telahpun ditetapkan.

Kredit: Facebook Masjid Negara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas