Sejak Isnin lalu, aktiviti rentas negeri telah dibenarkan bagi individu yang sudah divaksinasi dan ianya menyebabkan individu yang belum mendapatkan vaksin tidak boleh melakukan perkara itu.
BACA : Dah Boleh Rentas Negeri, KKM Sedia Hadap Risiko Kes Naik
Menurut laporan Berita Harian, setakat ini masih tiada kompaun dikeluarkan kepada individu yang belum divaksin dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Senior Asisten Komisioner (SAC) Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, SAC M V Srikumar Nair.
Walaubagaimanapun, pemeriksaan mengejut di beberapa lokasi tumpuan akan terus dibuat bagi memastikan tiada individu tanpa vaksin mengambil kesempatan pulang ke kampung dan sebagainya terlepas.
Oleh kerana sekatan jalan raya di sempadan negeri sudah tiada, seolah-olah ‘pukat’ sudah dibuka.
Selepas ini, kita buat pemeriksaan mengejut dan pada masa ini belum ada yang masuk ‘pukat’. Tiada lagi yang dikompaun kerana merentas negeri tanpa vaksin.
Jangan pentingkan diri dan sentiasalah mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan agar dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti wabak yang melanda.
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.