Connect with us

Oh! Media

Masih Ada Majikan Bayar Gaji RM1,500, JTKSM Arah Bayar Tunggakan Gaji Segera!

Gaji

Trending

Masih Ada Majikan Bayar Gaji RM1,500, JTKSM Arah Bayar Tunggakan Gaji Segera!

Walaupun Perintah Gaji Minimum RM1,700 telah dikuatkuasakan sejak 1 Februari lalu, masih ada majikan yang berdegil tidak mematuhi arahan ini.

Menurut laporan Malaysia Gazette, pemeriksaan terhadap 35 syarikat kawalan keselamatan di seluruh negara telah dijalankan selepas menerima aduan pekerja.

Perkara ini dikatakan sendiri Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Kamal Pardi.

IKLAN

Kita dapati masih ada syarikat bayar gaji minimum kadar lama iaitu RM1,500 sebulan atau RM2,000 lebih termasuk kerja lebih masa:

Aduan pekerja meningkat, masih diberi gaji RM1,500

Ca183e93 61e1 4c93 be7d fe5efc10736c

Difahamkan, kebanyakan pekerja yang mengadu masih menerima gaji minimum RM1,500 walaupun kadar baharu RM1,700 telah berkuat kuasa.

Operasi serentak dijalankan bagi memastikan syarikat-syarikat terlibat benar-benar patuh dengan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732).

JTKSM arah bayar tunggakan gaji segera!

4607a880 80d7 4ebf 890e 3f02465f5541

Kamal turut menegaskan agar semua syarikat terbabit segera membayar tunggakan gaji pekerja untuk bulan Mac dan April sekiranya belum mematuhi kadar baharu itu.

Majikan yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan undang-undang dan denda, seperti yang termaktub dalam akta berkaitan.

Buat para pekerja, jangan takut bersuara jika hak anda dinafikan. Laporkan terus kepada JTKSM dan simpan bukti gaji dengan baik. Majikan pula, patuhilah undang-undang demi kebajikan bersama.

Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas