Connect with us

Oh! Media

Masalah LRT Tergendala, Wanita Disamun Oleh Dua Orang Lelaki Bersenjata

Polis   Oh Media

Trending

Masalah LRT Tergendala, Wanita Disamun Oleh Dua Orang Lelaki Bersenjata

Semalam, pihak rapidKL telah memaklumkan bahawa berlaku gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dan tidak akan beroperasi sehingga 15 November ini. Keadaan ini telah menjejaskan buat individu yang keluar bekerja dan hanya menaiki kenderaan awam tersebut.

BACA: Anggota Tentera Samun Wanita Kerana Kehabisan Wang Perbelanjaan

Satu ciapan di Twitter menceritakan seorang wanita telah disamun oleh dua orang lelaki bersenjata setelah wanita itu tiba di stesen dan mengetahui bahawa perkhidmatan bagi kenderaan awam itu telah ditutup.

IKLAN

Samun ketika menunggu

Image 66

Mangsa dikatakan sedang menunggu bantuan daripada bapanya untuk menjemput dan menghantarnya ke pejabat dengan menaiki kereta. Wanita itu kemudian didekati oleh dua orang lelaki yang menunggang motosikal sebelum mereka bertindak menyamunnya.

Pada awalnya, saya enggan melepaskan beg saya. Namun, selepas lelaki tersebut bertindak mengoyakkan beg menggunakan pisau, saya melepaskan beg tersebut sebelum mereka melarikan diri. – Mangsa

Kejadian yang berlaku pada pukul 7 pagi itu telah menyebabkan mangsa kehilangan komputer riba milik pejabat. Jadi, buat pengguna LRT yang terpaksa menggunakan laluan alternatif, sila lebih berhati-hati ya.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas