Connect with us

Oh! Media

Marissa Mengaku Khilaf Dan Mohon Maaf Pilih Hidup Poligami

Trending

Marissa Mengaku Khilaf Dan Mohon Maaf Pilih Hidup Poligami

Kontroversi antara Marissa Dania, Misya dan juga Aslam masih hangat diperkatakan sehingga muncul banyak spekulasi dari netizen. Setelah sekian lama, Marissa kini tampil dengan pengakuan khilaf dan permohonan maaf.

ADVERTISEMENT

BACA: Marissa Dania Tutup Mulut Netizen, Beri Bukti Dah Berbaik Dengan Madu

Memetik laporan Harian Metro, anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim ini meminta maaf kepada semua pihak kerana ambil masa yang lama untuk berikan respon berkaitan kontroversi pernikahannya.

Anak perempuan pasangan ini juga memohon maaf sebab dah lukakan hati banyak pihak terutamanya keluarga.

Saya mohon maaf kerana sudah melukakan hati banyak pihak termasuk keluarga.

Marissa juga berkata dia tidak larikan diri atau mengelak sebaliknya nak jaga nama baik keluarga.

Saya bukan mahu mengelak atau melarikan diri, sebaliknya saya mahu menjaga nama baik keluarga dan semua pihak yang terbabit.

Tambahnya ini adalah pilihan yang dibuat oleh dia dan minta ruang untuk selesaikan masalah rumah tangga tanpa campur tangan pihak luar.

Ini adalah jalan yang saya dan Aslam pilih (hidup berpoligami). Jadi saya mohon semua pihak beri ruang untuk kami menyelesaikan masalah rumah tangga tanpa campur tangan pihak luar.

Ketika disoal berkaitan perkahwinan dengan Aslam, Marissa bersyukur kerana keluarga telah maafkan dan terima kehadiran suami pilihannya.

Saya akui pernikahan kami mendapat tentangan daripada keluarga. Tiada ibu bapa yang bersetuju dengan pilihan seperti ini, lebih-lebih lagi usia saya yang masih muda.

Saya dan Aslam tidak mahu hubungan kekeluargaan ini terputus atau dilanda masalah. Jadi kami kuatkan semangat dan harunginya bersama.

Berikutan kontroversi ini, Marissa masih enggan beri sebarang komen berkaitan hubungannya dengan madu, Umisya Mazlan.

Doakan semoga semuanya baik-baik saja untuk kami berdua.

Untuk rekod, Marissa dan Aslam telah berkahwin secara senyap di Songkhla, Thailand pada 2023.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas