Connect with us

Oh! Media

Marissa Dania Akhirnya Bersuara Dan Bidas Tuduhan Ini

Marissa Dania

Trending

Marissa Dania Akhirnya Bersuara Dan Bidas Tuduhan Ini

Anak kepada pelakon Abby Abadi, iaitu Marissa Dania, tampil mempertahankan diri selepas dituduh menjalin hubungan dengan Ahmad Aslam ketika masih di bawah umur.

Dakwaan ini mula tular selepas Aazief Khalid, anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, tampil menyuarakan kebimbangan terhadap hubungan mereka.

IKLAN

Itu tidak betul, ini bukan gosip. Ini tuduhan yang serius.

Aazief dakwa Aslam langgar undang-undang

Dalam kenyataannya, Aazief mendakwa tindakan Aslam boleh dikira sebagai satu kesalahan undang-undang kerana memikat seorang gadis bawah umur. Campur tangan ini membuatkan isu rumah tangga pasangan muda ini kembali hangat diperkatakan netizen.

Marissa Dania tempelak Aazief, anggap campur tangan tak wajar

Marissa membalas kenyataan tersebut dengan menyifatkan Aazief tidak sepatutnya masuk campur dalam urusan peribadi orang lain, apatah lagi melibatkan hal keluarga.

Apa perasaan apabila awak mencampuri urusan orang lain terutamanya hal keluarga? Tak bolehkah pendapat disimpan untuk diri sendiri?

Dalam masa sama, Abby turut mendedahkan punca sebenar Aslam ditampar oleh suaminya, Muhammad Faizal Zakaria, yang merupakan bapa tiri kepada Marissa.

Kata Abby, tindakan itu dibuat selepas Aslam melampaui batas, apatah lagi ketika itu Marissa masih di bawah umur dan dalam jagaannya.

Campur tangan dalam hal keluarga orang lain tanpa tahu cerita sebenar hanya akan memburukkan keadaan. Fikir dulu sebelum buat sebarang tuduhan.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas