Connect with us

Oh! Media

Mangsa Kebakaran Gas Di Putra Heights Boleh Balik Rumah Selepas Polis Buat Penilaian

Putra Heights

Trending

Mangsa Kebakaran Gas Di Putra Heights Boleh Balik Rumah Selepas Polis Buat Penilaian

Polis akan menjalankan penilaian keselamatan kediaman di kawasan kebakaran paip gas bawah tanah di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pada pagi ini.

Menurut laporan Kosmo, penduduk tidak dibenarkan bermalam di rumah masing-masing sehingga keputusan penilaian diumumkan dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Gangguan elektrik dan bekalan air

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Kebakaran yang berlaku telah menjejaskan kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan saluran air, menyebabkan gangguan bekalan elektrik serta air di kawasan terlibat.

IKLAN

Pasukan daripada TNB, JKR, bomba, dan polis akan menjalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah bagi menilai tahap kerosakan.

Langkah keselamatan dipertingkat

Petronas Putra Height Terbakar

Pihak berkuasa akan memastikan keselamatan penduduk dan harta benda terjaga dengan menugaskan Pasukan Gerakan Am (PGA) di semua laluan utama.

Setakat ini, pihak polis telah menerima sebanyak 17 laporan daripada mangsa kebakaran.

#ApaKataOhmedia

Keselamatan harus diutamakan dalam situasi kecemasan seperti ini. Penduduk yang terlibat dinasihatkan untuk mengikuti arahan pihak berkuasa dan tidak mengambil risiko pulang ke rumah selagi belum mendapat kebenaran.

Putra Heights

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas