Connect with us

Oh! Media

Malaysia Sedia Hulur Bantuan Kepada Mangsa Gempa Bumi Di Myanmar Dan Thailand

Anwar Ibrahim

Trending

Malaysia Sedia Hulur Bantuan Kepada Mangsa Gempa Bumi Di Myanmar Dan Thailand

Kerajaan Malaysia mengucapkan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terlibat dalam kejadian gempa bumi kuat yang melanda Myanmar tengah dan utara Thailand hari ini.

Menurut laporan Kosmo, Malaysia berdiri teguh bersama negara jiran dalam menghadapi bencana ini dan perkara ini dikatakan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia sedia hulur bantuan

Img 2294

Dalam satu hantaran di media sosial, Anwar menyatakan bahawa Malaysia bersedia menghulurkan bantuan mengikut keperluan.

IKLAN

Kami mengiktiraf keadaan darurat yang diisytiharkan di Myanmar dan penetapan Bangkok sebagai kawasan bencana oleh kerajaan Thailand.

Bimbang kesan gempa bumi

Anwar Ibrahim

Beliau turut menyatakan kebimbangan terhadap kesan gempa bumi kuat di kawasan berdekatan, termasuk Mandalay dan Bangkok, yang menyebabkan bangunan runtuh dan kehilangan nyawa.

#ApaKataOhmedia

Bencana alam boleh berlaku tanpa amaran. Sentiasa peka dengan ramalan cuaca dan ikut arahan keselamatan daripada pihak berkuasa jika berada di kawasan berisiko!

Anwar Ibrahim

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas