Sepertimana yang kita semua tahu, suspek pembunuhan kejam arwah Surya yang juga merupakan kawan kepadanya itu telah direman selama 7 hari sebelum ini. Walaubagaimanapun, reman pelajar tingkatan enam itu disambung lagi 7 hari.
Perkara ini dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan keatas suspek kata Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda. Kebiasaannya kes-kes besar begini akan mengambil masa bagi cukupkan bukti terlebih dahulu sebelum hakim menjatuhkan hukuman. Sebelum ini, suspek telah ditahan berdasarkan bukti yang ada pada CCTV di rumah burung berhampiran rumah mangsa.
Kejadian berlaku pada awal November lalu dimana adik kepada Surya yang baru saja pulang dari sekolah melihat kakaknya tertiarap di ruang tamu. Ketika kejadian berlaku juga, ibu kepada mangsa ada dirumah dan hanya mampu terbaring sahaja disebabkan mengalami penyakit kanser.