Connect with us

Oh! Media

Makcik 64 Tahun Jual Rokok Seludup Ditahan Polis

Rokok

Trending

Makcik 64 Tahun Jual Rokok Seludup Ditahan Polis

Hasil serbuan terhadap dua kedai runcit, polis berjaya merampas 260 karton rokok seludup bernilai RM7,000 baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

BACA : Risiko Gemuk Selepas Berhenti Merokok?

Menurut laporan Harian Metro, serbuan itu telah dilakukan di Buloh Kasap yang dijalankan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

Polis juga berjaya menahan dua warga tempatan yang membabitkan wanita berusia 64 tahun dan lelaki berusia 51 tahun yang dipercayai pemilik kedai runcit dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Bahrin Mohd Noh.

Turut dirampas wang RM2,722 serta telefon bimbit. Kami juga sedang mengesan pembekal rokok seludup terbabit. Kedua-dua pekedai terbabit kini direman bagi membantu siasatan

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Barang putuslah bagi sesiapa yang selalu beli rokok seludup dekat sana, kah!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas