Connect with us

Oh! Media

Makanan Diletakkan Racun, Anjing Liar Ditemui Mati Bergelimpangan

Trending

Makanan Diletakkan Racun, Anjing Liar Ditemui Mati Bergelimpangan

Penduduk di Taman Medan Petaling Jaya, Selangor menemukan bangkai tujuh ekor anjing mati bergelimpangan dalam keadaan mulut berbuih yang dipercayai akibat diracun oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

ADVERTISEMENT

Menerusi perkongsian Persatuan Haiwan Malaysia di Facebook, kesemua anjing yang mati itu merupakan anjing yang sering datang ke tempat ianya meminta makanan. Namun, sikap tidak berperikemanusiaan individu dimana makanan yang diberikan kepada anjing-anjing tersebut diletakkan racun.

Masyarakat sedar ada segilintir pihak yang tidak selesa dengan kehadiran anjing liar namun tindakan mereka seperti ini sangatlah tidak wajar dilakukan.

Penduduk perlu melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membuat tindakan sekiranya anjing-anjing liar menganggu ketenteraman penduduk.

Hal ini demikian kerana pihak PBT akan memberi ruang kepada mana-mana individu yang ingin membela anjing-anjing liar ini dan sekiranya tidak dituntut barulah pihak PBT sendiri yang akan melupuskannya.

Rakaman CCTV individu yang meracun anjing-anjing di perumahan masih ditunggu dan ia bakal ditayangkan bagi tujuan untuk pengajaran orang ramai. Jika bukti sudah ada, pelaku bakal dikenakan tindakan undang-undang haiwan sedia ada kerana sengaja membunuh dan mendatangkan sengsara kepada haiwan liar.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas