Antara pengalaman yang tak boleh dilupakan ialah berdiri hampir 30 minit pada perhimpuan setiap hari Isnin. Lenguh betul!
Sekolah sediakan bangku
Semalam, tular di Facebook memaparkan sebuah sekolah di Malaysia melakukan satu inisiatif yang sangat bagus untuk para pelajarnya.
Menerusi perkongsian dibuat komuniti Teacher Collection di Facebook, sekolah tersebut menyediakan bangku buat semua pelajar mereka untuk duduk setiap kali waktu perhimpunan rasmi.
Insiatif yang dibuat sekolah terbabit dipuji netizen kerana menunjukkan keprihatinan sekolah terhadap pelajar yang akan berdiri lama ketika perhimpunan dijalankan.
Tahniah pihak sekolah
Meskipun inisiatif dan perubahan dibuat pihak sekolah itu mendapat pujian namun, ada juga segelintir netizen yang tidak bersetuju dengan perkara itu.
Lepas ni boleh letak sofa
Untunglah anak-anak sekarang
Biar diorang berdiri, baru kental
Lain orang, lainlah pendapatnya. Apa pula pandangan korang?