Connect with us

Oh! Media

Mahkamah Tolak Keputusan Bebaskan Sam Ke Ting Kerana Terbukti Bersalah

ohmedia samketing

Trending

Mahkamah Tolak Keputusan Bebaskan Sam Ke Ting Kerana Terbukti Bersalah

Susulan kes kemalangan yang melibatkan basikal lajak lima tahun yang lalu, Mahkamah Tinggi telah mensabitkan kerani wanita, Sam Ke Ting atas pertuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan berlakunya kematian lapan remaja penunggang basikal.

Melalui laporan Harian Metro, Hakim Datuk Abu Bakar Katar dalam penghakiman berkata, Sam tidak dapat mengemukan pembelaan ketika peringkat pendakwaan perbicaraannya.

Difahamkan juga, kenyataan tidak bersumpah wanita berkenaan dari kandang adalah penafiaan ‘kosong’ semata-mata selepas Mahkamah Tinggi meminta membela diri sendiri.

IKLAN

Responden (Sam) dalam pembelaannya menyatakan tidak nampak kumpulan basikal di tempat kemalangan dan ada kenderaan lain yang melanggar basikal mangsa sebelum melarikan diri. Namun versi ini tidak pernah ditimbulkan responden semasa kes pendakwaan.

Responden seharusnya memandu keretanya dengan lebih berhati-hati dan bukannya memandu dengan laju sehingga menyebabkan kemalangan itu.

Tambahan lagi, beliau turut berkata responden seharusnya sedar kawasan yang dilalui tahap pencahayaannya tidak terang pada 3.20 pagi, jadi responden perlu tahu risiko yang boleh berlaku seandainya kereta dipandu lebih 50 kilometer sejam.

Sekadar info, kelmarin Mahkamah Tinggi telah mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober lalu yang mahu mengekalkan keputusan membebaskan Sam Ke Ting daripada kesalahan memandu laju, hingga mengakibatkan berlakunya kematian lapan remaja berbasikal lajak, pada tahun 2017.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas