Connect with us

Oh! Media

Lufya Omar Panas Hati Julia Farhana Guna Nama Anak, ‘Warning’ Dedah Video Bekas Suami

lufya omar

Oh! Artis

Lufya Omar Panas Hati Julia Farhana Guna Nama Anak, ‘Warning’ Dedah Video Bekas Suami

Pelakon Lufya Omar yang sudah hilang sabar dengan tindakan isteri bekas suaminya iaitu aktres Julia Farhana yang didakwa menggunakan nama anak perempuannya, Laana Haura demi meraih publisiti .

ADVERTISEMENT

Perkongsian kesal itu dibuat menerusi akaun Instagram Story milik Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar.

Lufya yang meminta bekas suaminya, Dr Che Hafiz dan isteri supaya tidak perlu berlakon menjadi mangsa keadaan dalam permasalahan ini.

Tak habis-habis play victim, drama salam, drama nak tolong nafkah anak. Sesuai karakter suami isteri, sejoli memang tak akan habis.

Tak boleh diam mulut itu suka publisiti guna nama Haura. Tak ada kebaikan pun selepas drama salam dekat mahkamah tempoh hari untuk Haura? Saya juga kena berusaha cari duit untuk semua. Berapa sen ‘arwah’ kasi? Diamlah, jumpa di mahkamah 26 Julai ini.

lufya omar

Tambahan, Lufya turut memberi amaran kepada Julia untuk membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam dan sekiranya tidak mahu, dia akan mengambil tindakan undang-undang.

Malah, aktres yang berusia 38 tahun itu tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan video sejarah hitam bekas suaminya, Dr Che Hafiz.

Jangan sentuh nama Laana Haura! Jangan sampai saya keluarkan video sejarah hitam suamimu. Fitnah kepala otak kau! Saya bukan malaikat nak sabar saja dengan perangai kamu berdua. Awak dan keluarga kedua-dua belah pihak yang malu nanti. Baik awak diam dan minta maaf.

Selama ni kita diam bukan lemah tapi tutup selagi boleh. Tapi kalau dah melampau tak habis-habis nak cucuk kau tunggu. Jangan simbang minyak ke apa panas. Mulut melonyot hati kau bengkak nanti. Saya nak tunjuk dekat hakim je jangan sampai saya kongsi satu Malaysia.

Diam jangan masuk campur, hidup kau pun dah tonggang langgang. Dah banyak pula kes suami awak kena saman kan? Bukan dari saya je. Malu la sikit nak bercakap tu.

lufya omar

Dalam pada itu, Julia berkata Dr Che Hafiz merupakan seorang lelaki yang baik malah masih menyimpan baju anak perempuannya, Haura di dalam almari.

BACA: Tiga Tahun Cerai, Lufya Tuntut Mut’ah RM1 Juta, Bekas Suami Akui Terkejut

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas