Connect with us

Oh! Media

“Lepas Tu Minta Ambil Masa Air Tinggi” – Penyelamat Rayu Mangsa Banjir Dengar Arahan Berpindah

Ohmedia banjir Kelantan Polis

Trending

“Lepas Tu Minta Ambil Masa Air Tinggi” – Penyelamat Rayu Mangsa Banjir Dengar Arahan Berpindah

Dalam perkembangan terkini banjir di Kelantan, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan sejumlah 59,187 mangsa daripada 18,457 keluarga terlibat dan ditempatkan di 221 PPS seluruh daerah.

Difahamkan, hujan masih turun dengan lebat sehingga hari ini dan paras air Sungai Kelantan di Tambatan D’Raja berada ditahap bahaya dengan trend menaik iaitu 5.68 meter (m).

Berdasar unjuran METMalaysia, banjir dijangka lebih buruk dari 2014

Banjir
Foto JBPM | Sinar Harian

Lapor Kosmo!, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjangka banjir di Kelantan dan Terengganu kali ini lebih buruk berbanding bencana tahun 2014 berdasarkan unjuran daripada sistem amaran awal Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

IKLAN

Terbaru, Balai Polis Jeram Perdah Pasir Mas memohon orang ramai mendengar arahan jika perlu berpindah segera.

Polis beri pesanan

Banjir

Katanya, pasukan penyelamat akan menghadapi kesukaran jika diminta untuk menyelamat semasa air tinggi dan arus deras.

Pihaknya memohon mangsa banjir memberi kerjasama dengan meninggalkan rumah dengan segera.

Di ruangan komen, orang ramai turut meluahkan rasa geram dengan sikap segelintir mangsa yang enggan berpindah.

Tak kurang juga berkata, kebanyakan PPS sudah penuh menyebabkan mereka tiada tempat berlindung.

Banjir Kelantan
Banjir
Banjir

#OhmediaNasihat

Bencana banjir bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan. Bila ada amaran untuk berpindah, utamakan keselamatan diri dan keluarga. Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi kritikal kerana pasukan penyelamat mungkin tidak sempat membantu. Semoga semua urusan dipermudahkan.

Ohmedia banjir Kelantan Polis

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Astro Awani | Facebook Balai Polis Jeram Perdah | Foto RTM


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas