Connect with us

Oh! Media

Lelaki Undang Kekecohan Dalam Pesawat MH122, Netizen Puji Staff MAS Kekal Tenang

Ohmedia lelaki

Oh! Tidak

Lelaki Undang Kekecohan Dalam Pesawat MH122, Netizen Puji Staff MAS Kekal Tenang

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai pesawat Malaysia Airlines MH122 yang dijadualkan berlepas dari Sydney tetapi terpaksa berpatah balik kerana kekecohan yang berlaku disebabkan seorang lelaki.

Menurut jurucakap Malaysia Airlines, pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Sydney jam 1.40 petang Isnin waktu tempatan itu terpaksa berpatah balik atas faktor keselamatan.

Demi kepentingan keselamatan, komander penerbangan membuat keputusan untuk berpatah balik ke Sydney.

Pesawat itu membawa 194 penumpang dan lima anak kapal selamat mendarat jam 3.47 petang (waktu tempatan). Keselamatan dan keselesaan kru serta penumpang kami adalah keutamaan.

Malah, lelaki yang menyebabkan kekecohan itu tiba-tiba sahaja mengamuk dan menjerit “Adakah kamu hamba Allah?” dan terus menunaikan solat di laluan antara tempat duduk penumpang.

IKLAN

Image 40

Difahamkan, sebelum itu dia dilaporkan membuka beg lalu memasukkan tangan ke dalam bagasi tersebut dan mengancam penumpang yang lain.

Dalam pada itu, lelaki itu telah ditahan dan dibawa keluar daripada pesawat oleh Australian Federal Police sejurus mendarat.

F3focdxaqae8 fi

Meninjau ke ruangan komen, ada segelintir netizen yang menyatakan mereka masih trauma melihat keadaan itu.

Manakala, ada juga yang turut memuji sikap staff dan kru penerbangan MH122 yang kekal tenang ketika mengendalikan amukan lelaki berkenaan sebelum pihak berkuasa tiba.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas